
Bismillahirahmanirahim Assalamualaikum,disini ada sedikit perkongsian tentang kesihatan,semoga ianya bermanfaat buat kita semua. 7 Petanda Penyakit Yang Boleh Kita Tahu Hanya Daripada Tapak Tangan..Rugi Kalau Anda Tak Baca Ni.. Mungkin kita tak sedar atau seakan-akan tidak endah dengan signal atau petanda yang cuba diberitahu oleh badan kita, khususnya tapak tangan. Tangan yang berdenyut atau rasa sakit pada bahagian ini mungkin boleh dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit dalam badan. 1 Sindrom Carpal Tunnel. Sindrom Carpal Tunnel boleh di diagnos daripada ibu jari, jari tengah dan jari telunjuk. Jenis penyakit saraf ini terjadi kesan daripada aktiviti berulang-kali yang dilakukan seseorang, hingga menyebabkan pergelangan tangan membengkak. 2 Keletihan Mengangkat barang yang berat menggunakan tangan dalam keadaan yang tidak selesa boleh menyebabkan tekanan pada saraf yang berada di tapak tangan. Ini menyebabkan denyutan pada tapak tan...