Jangan Biarkan Hatimu Keras Dan Lalai Ingatlah bahawa Allah tidak akan menerima doa dari hati yang lalai

Sebagai seorang Muslim, kita janganlah membiarkan hati kita bersifat keras dan kasar, sehingga apabila orang lain memberi nasihat atau teguran kepada kita, nasihat atau teguran tersebut tidak memberi apa-apa kesan sedikit pun kepada diri kita. Apabila hati menjadi keras, lebih keras daripada batu, maka hati itu tidak akan merasa sedih atau hiba apabila disebut tentang kematian. Hati itu tidak berasa gentar atau takut apabila mendengar pembalasan dari Allah, sama ada balasan itu dalam bentuk pahala (sekiranya melakukan kebaikan) atau seksaan (sekiranya melakukan dosa). Hati yang keras tidak akan berasa kecut apabila disebut tentang kehidupan manusia di alam akhirat kelak. Malahan, doa kita juga tidak akan diterima Allah sekiranya hati kita keras dan lalai. Nabi Muhammad bersabda yang maksudnya: Hati yang lalai ialah hati yang tidak sedar apabila diingatkan tentang pelbagai macam petunjuk dari perintah-perintah Allah serta larangan-laranganNya. Hati tersebut tidak akan mengambi...