Puasa, Haji dan Sembahyang Yang Tidak Diterima Oleh Allah
Ibadah puasa sah jika cukup syaratnya tetapi tidak diterima atau tidak diberi pahala jika seseorang itu sengaja melakukan sesuatu yang membangkitkan nafsunya. Ibadat Haji pula tidak diterima Allah SWT jika seseorang itu melakukannya menggunakan harta yang haram. Ibadat sembahyang seorang lelaki yang memakai kain melebihi buku lali juga tidak diterima (tidak diberi pahala penuh) berdasarkan hadith nabi.
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Baqarah:183)
Matlamat ibadat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi fokusnya adalah untuk melemahkan nafsu yang buruk dan seterusnya mendampingi Allah s.w.t.
Melihat dengan nafsu membatalkan pahala puasa. (Hadith daripada Anas)
Puasa dapat meredakan janaan nafsu dan mengurangkan nafsu kerana kurangnya makanan yang masuk kedalam badan dan darah.
Hasil dari puasa ialah takwa (takut kepada Allah).orang yang berpuasa juga mampu mendampingi Allah dengan cara meninggalkan makan, minum, percampuran pada waktu siang hari dan segala perbuatan yang boleh menaikkan nafsu samada melalui penglihatan (mata) percakapan (mulut), pendengaran (telinga) atau pergerakan (tangan dan kaki).
Melihat dengan nafsu membatalkan pahala puasa. (Hadith daripada Anas)
Syarat sah puasa hanyalah menahan daripada makan, minum, persetubuhan tetapi syarat untuk puasa itu diterima oleh Allah SWT ialah menahan nafsu.
Haji
Ibadat haji juga tidak diterima oleh Allah SWT jika dilakukan menggunakan harta yang haram.
Apabila seorang anggota jamaah haji berangkat dengan harta haram dan mengenjakkan kaki di kenderaannya kemudian dia membaca Labbaik allahumma labbaik, maka ada suara (jawaban) dari langit: “Tidak ada labbaik dan tidak ada sa’daik (kebahagiaan) bagimu kerana bekalmu haram, kenderaanmu haram, hajimu penuh dosa, tidak diterima (tertolak)”
Allah itu bersih dan suci, Allah tidak terima benda yang tidak
bersih. Tidak boleh mendampingi Allah dengan duit yang haram.
Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. …
Berkata Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda, sesungguhnya Allah s.w.tidak terima solah seseorang lelaki yang melabuhkan kain (bawahan)nya.
Timbul persoalan dari hadith di atas, mengapa lelaki itu disuruh berwuduk sedangkan wuduknya tidak batal. Sebenarnya tujuan disuruh berwuduk itu adalah untuk membersihkan dosanya memakai kain yang labuh.
Ulasan