Amalan utk keluar dari kesempitan hidup


Assalamualaikum..
Marilah kita sebagai generasi ummat Muhammad diakhir zaman ni terus menghidupkan sunnah Rasulullah agar luas perjlnan hidup kita.


2 Amalan Untuk Keluar Dari Kesempitan Hidup

Ini amalan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada seseorang yang datang mengadu padanya tentang hidupnya yang dirundung kesempitan hidup.

Yang Pertama dan utama BERI SALAM.
Bila pulang dan ada orang di rumah, Rasulullah SAW minta kita beri salam.

“Assalammualaikum warah matullahi wabarakatuh”
Maksudnya: “Semoga keselamatan, keberkahan dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai Anda/kalian.”

Bila tiada orang di rumah, Rasulullah minta beri salam kepada diri Baginda sebagaimana ucapan yang biasa disebut dalam tahiyat akhir.

“Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh”
Maksudnya: “Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya.”

2. Baca Surah Al-Ikhlas

Selepas beri salam pada orang yang di rumah atau pada Rasulullah s.a.w bacalah surah Al-Ikhlas.
Dalam riwayat yang lain diceritakan kalau seseorang membaca surah Al-Ikhlas

1 kali – Dirinya akan diberkati.

2 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati.

3 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati, jiran tetangganya diberkati.

“Hatta jiran tetangga yang bukan Islam sekali pun Allah berkati. Cuma cara keberkatan itu berbeza. Bagi kita pula Allah berkati apabila hidup kita dengan mereka berbaik-baik, tak bergaduh, tak berbalah. Itulah keberkatannya.”

Begitulah dalam meniti kehidupan ini, berusahalah untuk menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dengan banyak membaca surah Al-Ikhlas.

Semoga bermanfaat.

Ulasan